"Apa itu jodoh? Bagi aku Sungai Nil dan Mesir itu jodoh..." (petikan Ayat-ayat Cinta)
Jodoh itu adalah ghaib, perlu dicari dan perlu usaha untuk mencari sepertimana rezeki yang saban hari kita cari. Hari ini mungkin cerah mungkin esok mendung, itulah permulaan dalam meniti kebahagiaan jika jodoh sudah diketemu.
Bertuah bagi pasangan yang telah bertemu jodoh masing-masing kerana ianya bagaikan sudah ditemui diri yang satu lagi. Pasangan kitalah cermin bagi diri kita kerana kasih sayang kerana Allah bagaikan hidayah yang selama ini kita cari. Kerana itulah cinta ini senjata dalam membentuk pasangan masing-masing samada ke arah kebaikan atau keburukan. Nafsu dan senda gurau adalah pahala bagi mereka yang melafazkan akad janji kerana itulah sempurna separuh agama mereka. Buat ja dapat pahala :).
Sudah namanya manusia kita mudah lupa, kenikmatan dan kesyukuran dalam dipertemukan jodoh diabaikan hanya kerana merasakan tidak puas dengan jodoh yang diberikan. Kadang-kadang yang terbaik itulah yang sudah berada di hati kita. Tiada kesungguhan dalam membimbing diri dan pasangan membuatkan kasih sayang itu mula pudar dan benci mula menguasai diri. Itulah natijah yang perlu diterima kerana jodoh yang dicari hanya kerana dunia dan nafsu sementara bukan kerana ingin bersama hingga ke syurga.
Apabila sudah hilang di mata, kita mula merasakan kehilangannya, fitrah manusia tidak boleh lari daripada keseorangan sedangkan nabi Allah Adam merasakan keseorangan apatah lagi kita manusia marhaen yang mudah lupa.
Mulakanlah dengan cinta kerana Allah, selami cinta Rasulullah SAW barulah kita bersedia untuk dicintai dan mencintai, jika kita kurang baik sekarang jadilah lebih baik kerana Allah itu maha adil dan penyayang. Cinta itu untuk membentuk ummah dan mulakan di rumah bukan hanya bersifat sementara.
Buat bakal zaujatiku,
Akanku sanjung dirimu dan pengorbananmu,
Akanku jaga maruahmu dengan keringatku,
Akanku bimbingmu hingga menimbulkan perasaan cemburu bidadariku di syurga,
Akanku sayangi durimu sepertimana aku sayangi ibuku,
Hanya yang ku pinta, kasih sayang darimu hanya keranaNya,
Moga bahagia itu milik kita ke pintu syurga.
0 comments:
Post a Comment