Brother & Sister

You are my friend!

“Sebaik-baik manusia adalah generasiku (para sahabat) kemudian generasi berikutnya (tabi’in) kemudian generasi berikutnya (tabiu’t tabi’in)” (Hadits Bukhari & Muslim)


Al Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Bidayatul Hidayah bahagikan 3 jenis sahabat:
1. Sahabat umpama makanan asas yang kita tidak boleh katakan tidak padanya cth; air
2. Sahabat umpama ubat Penadol yang diperlukan pada masa-masa tertentu sahaja bukan setiap masa.   
3. Sahabat umpama virus H1N1 yang perlu dihindari setiap masa. Ini musibat namanya.



Adab-adab bersahabat: 
1. Utamakan member dengan harta benda sendiri, jikalau tidak mampu bagi apa sahaja yang mampu yang lebih daripada hajat diri sendiri cth: kawan nak air tapi kita pun dahaga, sebab brotherhood, utamakan kawan dulu.
2. Tolong member dengan segera sampai member sendiri belum sempat minta tolong, offer la diri terus nak tolong.
3. Sembunyikan rahsia member walau apa pun cara sekalipun.
4. Tutup keaiban kawan tapi sentiasa tolong perbaiki kelemahan dia.
5. Diam bila orang lain kutuk member tapi jika kawan buat salah pergi tegur.
6. Beritahu kepada member ada orang puji dan suruh dia istiqamah dalam buat baik.
7. Dengar dengan baik apa member nak cakap walaupun ia perkara yang mudah buat diri kita.
8. Jangan suka bantah bila cakap dengan member untuk elak sakitkan hati member.
9. Panggil member dengan panggilan yang dia suka.
10. Puji member kalau dia buat baik.
11. Terima kasih kepada member atas sebarang kebaikan dia.
12. Tegahkan orang lain apabila mahu mengumpat member sendiri seperti nak bela diri sendiri.
13. Beri nasihat dengan cara yang lemah-lembut dan bahasa yang halus mengikut personaliti member tu sendiri sebab ada yang suka dinasihat dengan cara keras. 
14. Maafkan member kalau buat salah tapi jangan pergi mengumpat kesalahan dia kepada orang lain atau marahkan dia.
15. Doakan dan teringat akan member bila duduk bersendirian, samada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.
16. Sayangkan keluarga member seperti keluarga sendiri selepas member dah tak ada.
17. Jangan suka memberatkan member dengan bebanan dan tanggungjawab, bahkan ringankan bebanan supaya member sentiasa senang hati dengan kita, lama-lama dia akan ikhlas pikul tanggungjawab.
18. Kongsi berita gembira dan sedih dengan member.
19. Sayangkan member seperti apa yang terbuku dalam hati.
20. Peluk dan beri salam kepada member bila berjumpa.
21. Offer tempat duduk pada member terlebih dahulu kalau tak ada, carikan tempat duduk.
22. Hantar member sampai depan umah dia.
23. Diam ketika member bercakap-cakap sehingga selesai dan jangan suka mencelah kecuali bila dia mula bercakap bukan-bukan.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Reincarnation