Brother & Sister

Tanggungjawab Seorang Jurugambar Islam

Salam dan hi peeps,
Last week pelbagai persoalan tentang hukum dan tanggungjawab seorang jurugambar dari perspektif Islam banyak dipersoalkan. In the end only one conclusion was made which is being a photographer is not practically a job for a Muslim especially in a wedding. Kenapa? Here are some of the reasons:

1) Bidang fotografi diharuskan bergantung kepada subjeknya (Dr. Yusuf al-Qhardawi).
2) Pelbagai kemungkaran berlaku sewaktu sesebuah perkahwinan itu berjalan seperti:
i) Pakaian pengantin wanita yang tidak menutup aurat samada yang bertudung ataupun tidak bertudung
ii) Alis mata diukir cantik dan bulu kening dicabut atau dicukur serta terdedahnya aurat pengantin wanita sewaktu diandam.
iii) Adat bertepung tawar dan bersanding bukanlah ajaran Islam tetapi pengaruh agama yang lain.
iv) Acara 'batal air sembahyang' dilakukan di depan khalayak ramai di dalam masjid.
v) Kerana terlalu mengejar masa, sesetengah jurugambar tidak menggalakkan solat sunat bersama bagi pasangan yang baru bernikah.
vi) Boleh jatuh syubahat kerana merakamkan pergaulan antara tetamu yang bukan mahram serta yang tidak menutup aurat sepanjang upacara perkahwinan.
vii) Persembahan karaoke, joget lambak dan para tetamu disantapkan dengan lagu-lagu yang mengkhayalkan oleh deejay sewaktu upacara walimah.
viii) Majlis walimah dijalankan secara besar-besaran tanpa ada kesederhanaan.
3) Timbul perasaaan riak dalam diri pasangan pengantin yang berjaya mengambil jurugambar yang hebat.
Tanggungjawab seorang jurugambar adalah:
1) Mengambil gambar sebagai ibadah kepada Allah.
2) Membantu pasangan pengantin mendapatkan keceriaan kembali dalam perkahwinan melalui rakaman perkahwinan mereka sekiranya berlaku pertelingkahan.
3) Memberitahu para pasangan pengantin supaya menjaga tatasusila sebagai seorang Muslim termasuk ketika keseluruhan majlis perkahwinan.
4) Berhak memilih pasangan pengantin yang ingin dirakam saat2 majlis perkahwinan mereka.
5) Setiap gambar yang diambil wajib difikirkan kesannya kepada masyarakat sekeliling serta atas nama Islam itu sendiri.
6) Adalah lebih baik gambar yang diambil untuk menunjukkan kebesaran Maha Pencipta, Allah SWT.

ok!!! now you know and hopefully you all understand. Boleh menjadi photographer tapi banyak perkara yang perlu difikirkan kerana hasil yang kita dapat akan menjadi darah daging kita. 


good day and salam....

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Reincarnation