Brother & Sister

Sick, sakit dan sakit lagi....Perut punca segala penyakit

salam and hi to everyone...


Arini sekali lagi aku migrain, haish~ dah 7 tahun aku dapat penyakit ni tp tak penah2 nak kurang lagi teruk ada la...Aku tidur daripada pukul 4 pagi sampai kul 5 ptg, gosh~ lama tuh tapi still tak dapat nak lawan record tidur aku selama 3 hari (kes final year project)~

Aku mandi terus direct pi klinik...klinik an-nisa, pelik ari ni, doc yang salu aku jumpa tuh pompuan tapi kali ni doc laki,1st thing dia tanya aku "Ehem, yer apa saya boleh bantu?", "Encik Mu'adz sakit aper?",
penuh tatatertib....ok aku dah gelabah trus aku jawab sepatah "Migraine!". Then dia buat muka berkerut tanya normal questions, silau tak, rasa nak pitam tak, sakit perut tak...Suma aku jawab dengan bangga no!!!...

courtesy of info-kesehatan.com


Terus dia tekan perut aku, suddenly aku rasa sakit sngt~ That was 1st time sebab selalunya doc akan check tekanan darah aku, kami mula la bincang sal penyakit ni tak pasal2 aku dok lam bilik doc tu about 20mins....Hahahaha! Dia suggest kat aku jangan amik normal painkiller (ponstan or ibuprofen)
dia bagi ubat baru, sebab dia cakap maybe aku pening sebab inflamation dari perut aku...
aku terus tergamam!!! Oh!!


Dia keluarkan hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi, ""Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut dari tempat atau sarang penyakit.

WAH!!! hebatkan doc ni...dia nasihatkan aku suruh jaga apa kita makan, terutama pastikan ianya HALAL, makan on time, berwaspada dengan isi kandungan, waspada akan makanan yang dihinggapi serangga (lalat or cicak), jangan makan berlebihan, jaga kebersihan diri and jangan makan benda pedas sangat~ 1st time aku selesa ngan doc and rasa dihargai sangat as a patient.....

Aku buat la research skit and apa yang doc tu cakap adala betulnya...

1) Makanan yang dihinggapi serangga
Sabda Rasulullah SAW: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut.

Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandungi ubat dan pada sayap yang lainnya mengandungi penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)

2) Jaga kebersihan diri
Sabda Rasulullah SAW: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya".

Ok!!! that's all for today...ENJOY YR WEEKEND PEEPS!!! 

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Reincarnation