Brother & Sister

Pandangan Dr. Yusof Al-Qardhawi dan Hassan Al-Banna tentang politik


Dr. Yusof al-Qardhawi ketika membahaskan politik dan kepartian berpendapat bahawa politik dan kepartian adalah berbeza, ia mungkin boleh seiring dan mungkin juga ia terpisah. Seseorang itu mungkin ia seorang politikus tetapi tidak terlibat dalam kepartian dan seseorang itu juga mungkin terlibat dalam kepartian tetapi tidak memahami apa-apa tentang politik.
  
  Hassan al-Banna (1948) ketika ditanya tentang jemaah Ikhwan dan politik Mesir, beliau menjawab bahawa Ikhwan tidak terlibat dalam politik secara murahan iaitu dengan tujuan untuk menjatuhkan orang lain dan mengangkat kebaikan dirinya. Namun ikhwan menyertai politik kerana ia adalah tanggungjawab besar bagi umat Islam di akhir abad ini.

  Penulis mendapati daripada pandangan Hassan al-Banna (1948) dan Yusof al-Qardhawi, bahawa Pemikiran Politik Islam meletakkan agama melebihi kepentingan parti sekiranya berlaku pertembungan antara agama dan parti dan berpegang kepada agama.

  Parti tidak membawa apa-apa makna kerana ia hanya sekadar vehicle (kenderaan), wasilah (jalan), uslub (cara) di mana seseorang Islam boleh menyertai dan meninggalkannya. Semuanya itu bergantung kepada sejauh mana ia mengikut kehendak agama.

reblogged: jutawan35.blog.friendster.com

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Reincarnation