Brother & Sister

WASIAT RASULULLAH S.A.W. KEPADA WANITA



Telah bersabda Rasulullah S.A.W. maksudnya, "Saya pernah melihat neraka. Tiba-tiba kebanyakan penghuninya adalah kaum perempuan, yaitu mereka yang tidak tahu berterima kasih kepada suami. Andaikata engkau (suami) berbuat baik kepada seorang diantara mereka dalam masa setahun, kemudian ia (isteri) melihat sedikit
cela padamu, maka ia akan mengatakan " Saya tidak pernah melihat sama sekali kebaikan darimu" (HR Bukhari).

* Kerana kebanyakan perempuan pada akhir zaman tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak, melayan suami, melakukan kerja rumah dan membantu orang yang menyayangi dirinya hanya atas kepentingan diri sendiri.

* Tiada pujian (bersyukur/berterima kasih) di atas kemurahan rezeki yang Allah berikan melalui suaminya atau orang yang menyayangi dirinya. (Jarang orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya)

* Kufur terhadap nikmat dan peluang yang Allah berikan untuk kebahagiaan dan memperbaiki dirinya hanya mengikut kata hati dan godaan syaitan tanpa berserah pada Allah. Contohnya apabila berlaku pertengkaran, ada si isteri yang mengatakan, "Sudah 10 tahun saya berkahwin dengan awak, tak ada apa-apa pun!" atau selalunya menilai seseorang itu berdasarkan kisah silamnya (ungkit) tanpa menyelami perasaan dan hati budi orang tersebut pada masa itu.

* Gemar bercakap perkara yang sia-sia dan yang berdosa seperti mengumpat dan hal-hal keduniaan.

* Kurang akal dan ilmu pengetahuannya dalam beragama di mana mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk-rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana kemewahan-kemewahan lahiriah hinggakan sering salah menilai orang yang benar-benar ikhlas akan dirinya.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Reincarnation