Brother & Sister

Fikirkanlah Wahai Kaum Hawa

1. Kenapa wanita sering dijadikan bahan ekploitasi seks di seluruh dunia?
2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks?
3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita?
4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh badan wanita
melalui konsep AURAT?
5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam?
6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki?
7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu lelaki?
8. Kenapa perlu kisah akan pandangan lelaki terhadap wanita tetapi bukankah tanggungjawab wanita itu sendiri untuk menjaga AURATnya serta takut akan balasan Allah jika dia memberi dosa terhadap lelaki yang memandangnya?
9. Apakah niat wanita tersebut memakai pakaian sebegitu atau dalam pemilihan berpakaian?
10. Adakah cukup ibadah atau yakin ibadah anda akan diterima kelak?
11. Malu dengan manusia atau dengan Allah?
12. Hipokrit dengan manusia atau hipokrit dengan Allah kerana beragama Islam?
13. Berani di dunia tapi adakah anda berani di akhirat kelak?
14. Berubah slow-slow tapi adakah mati itu slow-slow?
15. Tidak tahukah anda bahawa anda telah menyusahkan ayah, saudara lelaki dan suami dengan mengheret mereka ke neraka kerana tidak menegur dan mendidik kamu?



Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu merangsang nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta kemaluan mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka memukau jiwa. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri wanita adalah seks.


Maka pada akhir zaman ini, timbullah isu menutup aurat tapi telanjang. Mereka mengaku sudah berpakaian menutup aurat, tetapi pakaian mereka masih menampakkan bayangan dan bentuk bahagian tubuh badan mereka yang wajib dilindung. Semuanya ini bergantung kepada niat dalam hati seseorang itu, kenapa perlu menutup aurat? atau yang lebih tepat bertanyalah kepada diri, kenapa perlu berpakaian begitu kerana hampir setiap bahagian pada tubuhmu itu mampu menggoyangkan iman seseorang. 

Sabda Rasulullah s.a.w. : 

"Akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (HR Bukhari) 

Wassalam dan enjoy!!!



0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Reincarnation