Brother & Sister

Tudung...oh...hijab

Semakin hari semakin ramai para wanita yang mengenakan tudung, tetapi yang menjadi pertanyaan adakah ia sebagai menutup aurat atau hanya mengikut trend terkini, tudung iran lah shawl lah tudung bawal lah dan macam2 lagi~ adakah cukup dgn mengenakan tudung tetapi aurat di bahagian lain diabaikan??? Mungkin disebabkan inilah ada sesetengah wanita yang susah untuk mengenakan tudung kerana menganggap tudung itu hanya sebagai trend terkini.

Ingatlah wahai para gadis, akak2 dan makcik2, memakai tudung tidak semestinya menutup aurat dan menutup aurat disemestikan dengan bertudung (dilabuhkan).

Dalam konsep menutup aurat perlulah sentiasa berfikiran baik (husnuzon) terutama kepada yang bertudung agar lebih ramai yang ingin menutup aurat. Baik atau jahat seseorang itu hanya boleh ditentukan Allah S.W.T. dan ingatlah walaupun seseorang itu berperangai buruk tetapi menutup aurat adalah lebih baik daripada yang tidak menutup aurat kerana sekurang2nya masih ada iman dalam diri insan tersebut. Simple kan???

Yang merah itu saga,
Yang kurik itu kendi,
Hijab sebagai penjaga,
Mahkota serikandi.

1 comments:

Subang Jaya Blogger said...

salam 1ansell bro,
link exchange skit bro,

http://putraavenue.blogspot.com/
lu letak nama wa subang jaya blogger

tq bro.

Post a Comment

 
Copyright © Reincarnation